NIGHT STARS

Day 19.



Tuesday, 19th August 2014, 8.20am.


"Night Stars"


Semalam merupakan hari pertama kami berkayuh sepanjang malam untuk tour kali ini. Walaupun sedikit berbahaya kerana perjalanan dari Frankfurt ke Koblenz kebanyakannya melalui highway dan laluan basikal sesetengahnya ditutup kerana proses baik pulih. Tapi kami tetap meneruskan perjalanan kerana ingin melihat pemandangan bandar di hilir sungai dan kegelapan malam disana untuk melihat bintang-bintang bertaburan di langit.


Segala penat kami berbayar setelah kami sampai kesini, perjalanan bermula dari Mainz hingga Loch pemandangannya sungguh cantik tak dapat kami bayangkan dengan kata-kata. Laluan sepanjang hilir sungai, pemandangan bandar di seberang, castle di atas bukit, cukup buat kami rasa ini mungkin tempat untuk kami di masa tua kelak jika ada umur yang panjang. 






Pemandangan pada waktu malam pula, kerana di sesetengah tempat yang gelap kami dapat lihat begitu banyak bintang bertaburan di langit dan inilah pertama kali kami dapat tangkap gambar bintang di malam hari. Kami ambil sedikit masa, belajar dan ambil gambar sebanyak yang boleh kerana kami ingin ingat memori ini, detik ini, kecantikan alam ini pada malam hari.


Kami tidur di pondok bas sahaja malam itu, dan awal pagi kami diberi lagi sekali kejutan. Keindahan tempat ini pada awal pagi, sungguh menakjubkan. Kami akan ingat saat ini..kami akan ingat sampai bila-bila.







Sponsored by Trip Eropah Management UK:
https://www.facebook.com/triptoeropah/


0 comments:

Post a Comment

 

About Us

Malaysia based apparels, goods, merchandise, bicycle parts makers and supply. We also inspiring and empowering people to travel by bicycle as a part of life for better nature.

Description

We and the brands are the same entity and run by the same people, we market how we want, move it at our own pace and remember to never outsell or outgrow our seams. We look to seed at the right pace, continue to be individual in our own nature. Our Product are limited quantity. We customize apparel from tops to bottoms.

Translate

Mission

"JOURNEY TO HOMELAND" This mission is about two brave youth with passionate in cycling and fear nothing, are going to embarks one of the greatest journey in their life to discover the unknown land and people they haven't met yet in their life. Crossing more than 22 countries; treacherous environment ranging from forest, desert to the snowy village road, encounter hundreds of different languages and last but not least, the burning temperature of Iranian desert. This journey will set a wildfire to Malaysian people to explore the world beyond their horizon! DREAM; EXPLORE; DISCOVER!

Donations & Sponsors