Tuesday, 12 August 2014, 10.37pm.
"Small town. Big heart"
Sesampai kami di sebuah bandar di Selatan Belgium, Virton. Kami disambut baik oleh komuniti Islam kecil disana. Setelah berbual dan solat Zuhur dan Asar bersama, perut kami sangat-sangat lapar. Lalu kami bertanya jika ada kedai makanan halal di sekitar bandar ini, lalu seorang lelaki membawa kami ke sebuah restoran kebab Turki, halal katanya. Lama betul tak makan ayam, sepanjang di Paris makan roti je memanjang.
Kami bercadang ambil makanan berat sedikit. Tetapi berharga 8.50euro dan merupakan yang paling murah untuk hidangan pinggan. Duit ada 15euro sahaja ketika itu, tapi kami fikir tak mengapalah, berat badan pun dah menurun sepanjang di Paris. Lalu kami makan sahaja. Lelaki tadi yang membawa kami duduk berbual-bual bersama kawan beliau di meja lain, mungkin kerana tak pandai berbahasa Inggeris lalu kami kurang berkomunikasi.
Setelah habis makan, kami mahu membayar dan kata tukang masak. Makanan sudah dibayar oleh lelaki itu dan sebenarnya beliau adalah tauke restoran itu rupanya! Alhamdulillah ya Allah, atas rezeki itu. Kami mengucapkan terima kasih dan minta bergambar sebelum pergi mencari tempat untuk bermalam.
Sesampai di sebuah camping site di atas bukit, tapi sedihnya receptionist sudah tutup. Tiba-tiba ada sepasang suami isteri meminta kami call receptionist itu, tertera nombornya di pintu. Tetapi kami kata kami tiada phone untuk call, lalu mereka callkan untuk kami dan receptionist itu kata akan datang ke situ. Rupanya kata receptionist tu, dia nampak kami 3 jam sebelum dan tahu pasti kami akan kesini, lalu beliau dan isteri hanya berada di sekitar-sekitar sini.
Masya Allah, walaupun kami tidak diberi peluang iktikaf di rumahMu, tapi kau beri kami orang-orang yang berhati mulia membantu kami. Alhamdulillah
Esok perjalanan ke Luxemberg pula!
0 comments:
Post a Comment