Couch Surfing

Day 11.

Isnin, 11th August 2014, 1.28am.


"Couch Surfing"

Hujan lebat di sekitar France amat menyukarkan perjalanan pengembaraan kami untuk masuk ke Germany. Sewaktu di Paris, aku nekad membuka satu akaun berbayar iaitu "couchsurfing" which most travellers using this app untuk mencari "host" yang sudi menumpangkan traveller seperti kami di rumah mereka.




Sewaktu dalam perjalanan ke Reims dari Chateau Thierry, aku cuba mencari host yang sudi menumpangkan kami di Reims, dan dalam hampir 5 orang host, ada seorang yang profilenya quite interesting, travelling almost half of the world, backpacking. Namanya Patrick, sebaya bapa aku.


Setelah aku bercerita serba sedikit tentang aku dan "request host" akhirnya mendapat jawapan yang baik daripadanya, diberi alamat dan telephone number beliau lalu kami mengikut gps dan kesana. Sesampai sahaja kami disambut baik, berborak panjang dirumahnya, dihidangkan kopi panas dan seketika kemudian hujan selebat-lebatnya turun selama hampir sejam! Mereka kata kami sampai tepat pada masanya.




Setelah mandi, membasuh pakaian, keringkan, Patrick membawa kami pusing-pusing bandar, diceritakan tentang sejarah Reims ini. Tanpa disangka Reims ini merupakan sebuah tempat tumpuan pelancong juga kerana pernah terlibat sama ketika peperangan bersama Germany dahulu. Banyak monumen yang usianya hampir mencecah 1800 tahun!
Disini juga terdapat sebuah masjid yang besar pertama kalinya kami jumpa sepanjang perjalanan dari Sheffield, UK ke Reims, France. Ianya juga masih baru dibina pada tahun ini, kata Patrick.


Dinner kami dihidangkan pasta, kek coklat dan sebuah menu rahsia mereka which is kami taknak beritahu ( untuk menu cafe kami nnti, in shaa Allah andai ada rezeki ). Diberi sebuah bilik, selesa, dan kami tak rasa janggal kerana mereka melayan kami bagai keluarga mereka, tambahan pula anak lelaki mereka seusia kami. Patrick pernah ke Malaysia dan juga pernah di host oleh couchsurfing member di Kuala Lumpur. Disebabkan layanan yang begitu baik yang beliau terima dari host itu maka kami mendapat sesuatu yang sama. Ini bukan kali pertama beliau menerima host dari Malaysia ke rumah mereka, sudah 2 kali beliau menerima tetamu dari Malaysia!



Banyak kami pelajari, sejarah Reims, tentang pengembaraan kami bertukar-tukar pendapat, dan banyak lagi yang kami kongsikan. Isteri beliau juga bantu kami check weather forecast disepanjang perjalanan kami ke Germany dan alhamdulillah, the wind with us along the way!. 


Jadi ini sahaja entry hari ini. Hidup mengembara bukan kerana destinasi semata-mata, mengembara ini adalah memori yang kita cipta disepanjang perjalanan. Destinasi, jarak, masa, kelajuan tidak punya memori untuk mengingati kita, tetapi manusia yang kita jumpa disepanjang perjalanan, mereka akan mengingati kita, sampai bila-bila. Travel the right way, isi penuh memori sepanjang pengembaraan, kerana itu yang kita bawa balik untuk dicerita pada anak cucu kelak. Sekian.

0 comments:

Post a Comment

 

About Us

Malaysia based apparels, goods, merchandise, bicycle parts makers and supply. We also inspiring and empowering people to travel by bicycle as a part of life for better nature.

Description

We and the brands are the same entity and run by the same people, we market how we want, move it at our own pace and remember to never outsell or outgrow our seams. We look to seed at the right pace, continue to be individual in our own nature. Our Product are limited quantity. We customize apparel from tops to bottoms.

Translate

Mission

"JOURNEY TO HOMELAND" This mission is about two brave youth with passionate in cycling and fear nothing, are going to embarks one of the greatest journey in their life to discover the unknown land and people they haven't met yet in their life. Crossing more than 22 countries; treacherous environment ranging from forest, desert to the snowy village road, encounter hundreds of different languages and last but not least, the burning temperature of Iranian desert. This journey will set a wildfire to Malaysian people to explore the world beyond their horizon! DREAM; EXPLORE; DISCOVER!

Donations & Sponsors