Day 17
Sunday, 17th August 2014, 11.00pm.
"Eyes of a Traveller"
"Eyes of a Traveller"
Tanpa sedar,
17 hari sudah kami mengembara,
4 negara sudah kami jelajah,
Berbagai pengalaman kami timba,
Berbagai bahasa kami dengar,
Berbagai orang kami jumpa,
Berbagai kebaikan kami lihat,
Berbagai keagungan-Nya kami rasa.
Hidup merantau ini buat kami sentiasa dahaga,
Dahagakan ilmu dari setiap ceruk pelusuk bumi yang kami jelajah,
Kami suka berjumpa dengan orang tempatan di setiap negara,
Berkongsi ilmu, bertukar pengalaman,
Ini adalah proses kami belajar,
Tentang kehidupan,
Pelajaran tentang kehidupan ini aku tak akan dapat di universiti berpagar,
Ia terbuka luas di jalanan,
setiap manusia yang aku jumpa sepanjang perjalanan,
itulah guru aku,
bukit-bukau, cenuram, hutan, jalan raya, gurun, lautan,
itulah kelas aku,
hujan, panas, ribut, salji,
itulah atap kelas aku,
dan..
agama aku, keyakinan aku, doa aku, restu ibubapa aku, doa kawan-kawan dan yang mengenali aku,
itulah tembok kelas aku agar aku sentiasa dilindungi dan dirahmati selalu.
Aku mengembara bukan sahaja untuk aku sahaja, tetapi..
untuk kau yang melihat aku boleh melakukan ini di usia muda,
untuk kau yang sering berkata tiada masa tapi banyak melepak membuang masa,
untuk kau yang asyik dengan urusan dunia, tapi alpa dengan urusan syurga neraka,
untuk kau yang selalu berkata mustahil dari berkata boleh melakukannya,
untuk kau yang hanya mampu menjadi keyboard warrior mengherdik sesama manusia daripada berjuang untuk agama, bangsa dan negara.
Aku bukan siapa-siapa,
hanya manusia yang bercita-cita,
tapi cita-cita yang bukan seperti manusia biasa,
mengembara seluruh pelusuk dunia,
mata ingin melihat alam semesta,
hati pula ingin mengenal dan mengagumi Pencipta.
Terbaik brader...klu dpt bertembung dlm prjlnn dgn zahariz jgn lupa amik gmbar...
ReplyDelete