Vertrauen Verdient

Day 21


Thursday, 21st August 2014, 9.58am.


"Trust"



Ketika kami di sempadan France lagi, ada seseorang dari Cologne, Germany inbox dalam page kami SICK SIDERS dan menawarkan kami duduk di rumah beliau jika kami melalui Cologne, dan kami balas "ya" kerana kami mahu ke Bremen dan perjalanan kami akan melalui Cologne.


Sesampai sahaja di Cologne selepas menyusuri keindahan sungai Mosel dan Rhine dari Frankfurt ke Cologne dan tidur semalaman di pondok bas di pekan Loch, kami cuba menghubungi beliau, David Senftleben dan David menyuruh kami tunggu kedatangan Sabrina, girlfriend beliau datang ambil kami. Sabrina memberitahu bahawa David baru sahaja mendapat panggilan untuk job interview di Berlin pada keesokan harinya dan beliau sedang sibuk berlatih untuk interview itu, jadi tak dapat datang ambil kami.


Di rumah mereka , kami di sambut baik oleh David dan kami berbual panjang hingga larut malam. Rupanya mereka baru pulang 2 bulan ke sini setelah mengembara dunia, dan menariknya mereka pernah ke Malaysia berbasikal dan patah tangan ketika dalam perjalanan ke Kuantan dan terpaksa menetap dan dirawat di Malaysia. Mereka juga dirawat oleh tukang urut tradisional Malaysia (bukan bomoh Malaysia!) dan dilayan baik oleh ramai orang di Malaysia dan mereka melayan kami sama seperti apa yang mereka rasa. Setelah pulang juga mereka sedang dalam keadaan yang terumbang-ambing kerana David sedang mencari perkerjaan kerana telah berhenti kerja untuk mengembara.

Walaupun sedang dalam kekusutan kerana terdapat begitu banyak job interview dalam seminggu ini, beliau memberitahu kedatangan kami membuatkan beliau rasa gembira dan melupakan sebentar kerja-kerja dan bawa kami jalan-jalan melihat sekitar bandar Cologne, kerana beliau juga ingin menghirup udara luar. Tempat pertama mereka bawa kami adalah sebuah masjid yang baru dibina hanya selang satu blok dari rumah mereka iaitu Zentralmoschee Köln atau Central Mosque in Cologne. Pembinaan masjid ini pernah menjadi isu besar selama hampir setahun di Cologne, hampir 200 orang anti-Muslim mengadakan demonstrasi jalanan dan menaikkan sepanduk "Stop the Islamization of Europe" dan "Stop the Abuse of Religious Freedom".


Pembinaan masjid ini memakan belanja hampir 1.6 million-euro dan mampu memuatkan hampir 500 orang di dalamnya, kos pembinaan masjid ini dibiayai oleh hampir 200 orang kuat dari Ahmadiyah Komuniti. Kami juga berkongsi serba sedikit tentang dimana salah satu tanda-tanda akhir zaman dalam Islam ialah manusia bermegah-megahan dalam membangun Masjid, bukan pengisian masjid itu. Kami bukan sahaja mahu mengenali mereka, agama mereka dan negara mereka tetapi juga mahu mereka mengenali kami, agama kami dan negara kami dalam masa yang sama.



Kemudian kami dibawa ke kota Cologne, begitu banyak seni-seni pada dinding, patung dan bermacam lagi yang kami tak pasti maksudnya dan menurut David, antara bandar-bandar di Germany ini, orang-orang di Cologne jika mereka lahir dan membesar di Cologne, mereka tidak akan sesekali meninggalkan bandar ini, mereka keluar untuk bercuti tetapi tidak akan berpindah kerana mereka cukup bangga dengan bandar mereka ini, dan untuk pengetahuan bandar Cologne ini merupakan pusat bagi segala media, baik dari segi lakonan, lagu dan berbagai lagi jenis hiburan.



Pada keesokan harinya pula, awal pagi lagi David akan ke Berlin untuk job interview beliau dan tinggal hanya kami dan Sabrina, setelah bersarapan kami pergi cari simkad Aldi (untuk yang travel ke Germany dan sekitar EU), kemudian ke kedai basikal tukar tayar Azrulhan yang dah hampir petak!. dan ke outdoor store untuk compare price stove di kedai atau di online lebih murah, dan sememangnya di kedai lebih mahal!.

Pada petangnya pula, Sabrina mempelawa kami untuk turut serta bersama beliau climbing indoor, tapi sedikit mahal dan kami tiada wang, kemudian setelah berfikir beliau ajak kami climbing outdoor, percuma sahaja kerana open for public dan kami pun bersetuju. Wall climbing kami pertama kali ini cukup baik juga untuk beginner!






Pada hari ini pula Sabrina akan ke rumah keluarga David di utara Germany dan akan berjumpa David disana. Mereka beri kami tinggal di rumah mereka kerana kami belum lagi pulih sepenuhnya kerana kekejangan kaki mungkin kerana kayuhan malam dalam cuaca sejuk pada hari itu untuk merakam gambar bintang malam di sepanjang sungai Mosel dan Rhine. Bagi kami, masih adakah rakyat Malaysia, di negara kami akan buat seperti mereka ini. Meninggalkan rumah pada orang asing, ini adalah sebuah penghargaan bagi kami, kerana kepercayaan itu bukan sesuatu yang boleh dibeli dengan wang ringgit!


Danke Schön! David and Sabrina!



“Trust is earned, respect is given, and loyalty is demonstrated. Betrayal of any one of those is to lose all three.” - Ziad K. Abdelnour
Sponsored by Trip Eropah Management UK:

https://www.facebook.com/triptoeropah/

0 comments:

Post a Comment

 

About Us

Malaysia based apparels, goods, merchandise, bicycle parts makers and supply. We also inspiring and empowering people to travel by bicycle as a part of life for better nature.

Description

We and the brands are the same entity and run by the same people, we market how we want, move it at our own pace and remember to never outsell or outgrow our seams. We look to seed at the right pace, continue to be individual in our own nature. Our Product are limited quantity. We customize apparel from tops to bottoms.

Translate

Mission

"JOURNEY TO HOMELAND" This mission is about two brave youth with passionate in cycling and fear nothing, are going to embarks one of the greatest journey in their life to discover the unknown land and people they haven't met yet in their life. Crossing more than 22 countries; treacherous environment ranging from forest, desert to the snowy village road, encounter hundreds of different languages and last but not least, the burning temperature of Iranian desert. This journey will set a wildfire to Malaysian people to explore the world beyond their horizon! DREAM; EXPLORE; DISCOVER!

Donations & Sponsors