what goes around comes around

Day 5

Selasa, 5th August 2014, 9.26am


"Jangan seronok apabila turun bukit dengan laju, kerana bumi tidak selalunya menurun, adakalanya mendatar, adakalanya perlu mendaki" 


Perjalanan dari Dannes ke Amiens pada mulanya mendatar sahaja, hanya sesekali kami kami mendaki bukit yang tinggi, tetapi pada 40km terakhir, semakin banyak bukit bukau dan kawasan lapang dan angin yang kuat. Kami meneruskan kayuhan dan berharap sampai di Amiens sebelum maghrib, kerana kami terlihat sebuah masjid di tengah bandar Amiens. Alhamdulillah, kami berjaya sampai tetapi maghrib sudah berlalu, dan ada beberapa orang Islam kelihatan baru selesai menunaikan solat Maghrib. Kami meminta izin untuk solat dan tidur disitu, lalu mereka membawa kami berjumpa imam. 


Pada mulanya mereka menolak, lalu kami angguk faham dan hanya meminta izin untuk solat Maghrib sahaja dulu. Usai solat Maghrib, aku menadah tangan memohon sekali lagi "Ya Allah, Kau berilah kami beriktikaf di rumahMu ini, Kau lembutkanlah hati mereka ini untuk menerima kami, Kau terimalah doa kami yang sedang bermusafir ini Ya Allah!". Kemudian kami solat Isya' berjemaah, dan keluar.


Di luar masjid, ramai orang sedang bersalam-salaman. Mereka menegur kami dan salah seorang boleh berbahasa Inggeris, tanya dari mana kami datang dan mahu kemana. Setelah bercerita dan kami beritahu kami berkayuh sambil mengumpul dana untuk Palestin, berebut-rebut orang di luar masjid mengerumuni kami menghulurkan duit, hampir 40euro kesemuanya! MasyaAllah!
Kemudian mereka tanya kami mahu kemana selepas ini, lalu kami beritahu yang kami mahu mencari makanan halal dan tempat untuk tidur. Lalu mereka menyuruh kami tidur di tapak masjid baru sebab kami beritahu kami mempunyai khemah dan jika ingin makan, terdapat sebuah kedai kebab berdekatan masjid dan seorang penjaga masjid bernama Omar akan membawa kami kesana.


Tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dan memberitahu kami mereka mahu membawa kami makan di McDonalds di seberang masjid, lalu kami tanya adakah halal dan mereka beritahu boleh makan burger fillet o' fish. Melalui gerak badan mereka ketika berbual bersama Omar seperti mereka menghalau Omar dan mereka ingin membawa kami, kemudian Omar beritahu dia pergi mengambil motor. Lalu kami mengikut mereka ke McDonalds, pada mulanya kami merasa was-was kerana mereka berpewatakan seperti kasar dan seperti budak-budak nakal, namun kami yakin Allah bersama kami. 



Sesampai di McDonalds mereka menyuruh kami tunggu sebentar sementara mereka membeli makanan secara drive-thru kerana sudah tidak boleh beli di dalam. Mereka membelikan kami 4 set burger fillet o' fish. Semasa kami sedang makan mereka berbincang bersama Omar dan kemudian mereka kata kami boleh tidur di Masjid. Kami tergamam dan tak henti-henti mengucapkan Alhamdulillah, bergenang air mata kerana doa diterima lagi oleh Allah swt.


Basikal kami disimpan di dalam stor, dan Omar membawa kami ke atas masjid, memberikan kami buah tembikai dan air oren. Walaupun segala perbualan kami seperti ayam dan itik, tetapi tiada bahasa yang diperlukan untuk kita membuat kebaikan. Subuh itu kami berjemaah bersama imam dan Omar membawa kami bersarapan roti dan kopi serta memberikan roti yang banyak dan kemudian meminta izin untuk beredar. Kami mengucapkan terima kasih dan meminta beliau mendoakan kami.


p/s: Jangan menilai manusia dari luaran, tak semestinya muka mereka jahat, mereka adalah pengganas. Tidak semestinya mereka lemah, mereka tak mampu melawan. Tidak semestinya mereka perlahan, mereka tidak akan maju kehadapan. Tidak semestinya mereka laju, mereka akan sentiasa menang. Semuanya adalah anugerah dari Illahi, Rasulullah saw diutuskan kepada kita juga untuk menyampaikan bukannya menilai dan menghukum. Hormat orang yang lebih dewasa dari kita, bukan bermakna kita laju, kita kuat, kita sihat, kita kaya bermakna kita baik dari yang serba kekurangan. Kerana jika Allah berkuasa menarik nikmat yang kita ada pada bila-bila masa sahaja. Sekian.

0 comments:

Post a Comment

 

About Us

Malaysia based apparels, goods, merchandise, bicycle parts makers and supply. We also inspiring and empowering people to travel by bicycle as a part of life for better nature.

Description

We and the brands are the same entity and run by the same people, we market how we want, move it at our own pace and remember to never outsell or outgrow our seams. We look to seed at the right pace, continue to be individual in our own nature. Our Product are limited quantity. We customize apparel from tops to bottoms.

Translate

Mission

"JOURNEY TO HOMELAND" This mission is about two brave youth with passionate in cycling and fear nothing, are going to embarks one of the greatest journey in their life to discover the unknown land and people they haven't met yet in their life. Crossing more than 22 countries; treacherous environment ranging from forest, desert to the snowy village road, encounter hundreds of different languages and last but not least, the burning temperature of Iranian desert. This journey will set a wildfire to Malaysian people to explore the world beyond their horizon! DREAM; EXPLORE; DISCOVER!

Donations & Sponsors