Monday, 25th August 2014, 10.45am.
"A test before a warm welcome"
Lama juga kami tak update, harini baru berkesempatan menulis. Begitu banyak perkara yang berlaku selama beberapa hari ini sejak bertolak dari Cologne ke Hamburg. Perjalanan dari Cologne bermula dengan cuaca yang baik dan kemudian dituruti dengan hujan yang datang sekejap-sekejap dan kadang-kadang begitu lama membuatkan kami banyak berhenti, basah dan keletihan. Tambahan pula, perjalanan menuju ke utara Germany suhunya semakin menurun, dan semakin sejuk kerana semakin hampir dengan Denmark dan Norway. Kelengkapan pakaian yang kami ada untuk melindungi badan dari cuaca sejuk adalah tidak sesuai dan masih ada yang berkurangan.
Keesokan harinya beliau memberi kami tips-tips perjalanan dan dimana kami boleh dapatkan barangan untuk menghadapi musim sejuk yang akan datang. Kami berjaya menuju ke destinasi yang dituju di Herne untuk membeli foot protection dan penutup muka, kami juga membeli khemah baru yang lebih besar sedikit kerana khemah kami yang lama begitu sempit dan hanya dapat memuatkan kami berdua sahaja. Walaupun duit cukup-cukup sahaja tetapi terpaksa membelinya juga kerana cuaca di Germany yang tidak menentu dan barang-barang kami sering kebasahan ketika hujan dan kerana embun pagi.
Kami ke Bochum pada keesokan harinya untuk melihat acara lumba basikal yang di 'organise' oleh kawan-kawan di Dortmund, kenalan kami di Hamburg, Benny juga turun turut serta walaupun mereka baru sahaja pulang sehari setelah pengembaraan mereka ke Morocco seminggu yang lepas. Ramai kenalan baru kami jumpa disana, pelumba-pelumba 'professional' dan mereka mengalu-alukan kedatangan kami pada hari itu, kami disambut baik oleh semua orang yang ada juga datangnya dari France dan semestinya kami adalah yang paling jauh!
Setelah tamat perlawanan pada hari itu, Benny membawa basikal dan segala muatan ke dalam van mereka dan membawanya ke Hamburg. Kami pula menaiki train menuju ke Hamburg dari Bochum dan backpack menuju ke alamat rumah Benny yang tidak jauh dari train station. Kami akan tinggal disini sehingga Jumaat untuk turut serta dalam Critical Mass Hamburg yang kami tahu jumlah 'cyclist' yang turut serta boleh mencecah 1500 orang!
Setelah tamat perlawanan pada hari itu, Benny membawa basikal dan segala muatan ke dalam van mereka dan membawanya ke Hamburg. Kami pula menaiki train menuju ke Hamburg dari Bochum dan backpack menuju ke alamat rumah Benny yang tidak jauh dari train station. Kami akan tinggal disini sehingga Jumaat untuk turut serta dalam Critical Mass Hamburg yang kami tahu jumlah 'cyclist' yang turut serta boleh mencecah 1500 orang!
Special thanks to Benny from Hardbrakers for letting us stay in his house, appreciate it and sorry for a bit spontaneous. Appreciate it a lot! A million thanks for it! :')
Allahu..seronoknya!!!
ReplyDelete