Betapa dekatnya Kau dengan aku, Ya Allah

Sabtu, 2 August 2014, 12.37am.


"Betapa dekatnya Kau dengan aku, Ya Allah"


Aku minta korang baca entri aku kalini, harini untuk pertama kalinya air mata aku jatuh kerana aku merasakan betapa dekatnya Allah dengan aku. Pertamanya, aku mengembara dengan tidak mempunyai duit yang cukup untuk pengembaraan ini sebenarnya samada untuk makanan berkhasiat mahupun tempat tinggal dan hanya berharap makanan yang dibawa dari Malaysia dan tidur di khemah sahaja.







Apabila sudah terlalu lama berkayuh dari London ingin menuju ke Dover kami keletihan dan kelaparan, kami singgah makan roti dan minum air di sebuah hentian basikal di Cyclopark. Sesudah itu, ada seorang pekerja disitu menegur kami dan bertanya tentang pengembaraan kami, dengan tak disangka beliau ajak kami masuk balik, panggil manager dan beri kami makanan(cookies) dan beritahu, jika ada apa2, just call him and he will come help. Plus beliau kata beliau akan donate sekali untuk cause kami dan jika lagi sebulan kami nak sampai ke Malaysia, dia minta beritahu dia dan dia mahu datang ke Malaysia menyambut kami. Masya Allah. dan kemudian datang lagi cyclist2 disitu bertukar-tukar kad kerana mereka juga ingin membantu 


Setelah kami meneruskan perjalanan kembali, hari semakin gelap di Catham, dan kami mencari tempat untuk kami camp, namun tiada tmpat yg sesuai dan kami mencari masjid berdekatan, jumpa sebuah dan tanpa berlengah kami menuju kesana dan meminta izin untuk beriktikaf di situ namun akibat rules di kawasan itu segala yg berlaku di dalam masjid perlu di beritahu terlebih dahulu pada orang atasan, jadi apabila sudah malam begini mereka tak dapat membantu dan terpaksa menolak. 


Kami meminta izin untuk solat berjemaah dan didalamnya aku berdoa "Ya Allah, izinkan aku tidur semalaman di rumahMu, lembutkan hati mereka menerima kunjungan kami, terima lah doa aku yg sedang bermusafir keranaMu, Amin". Kemudian setelah selesai solat jemaah Isya', ada seorang hamba Allah serba putih bernama Ahmad Raqib yang bukannya orang tempatan dikawasan itu, tetapi dari kawasan bersebelahan Catham, dan beliau membawa kami ke sebuah masjid lagi satu untuk mencuba nasib minta iktikaf disana. Alhamdulillah, kami disambut baik, dan diberi keizinan tinggal semalaman di masjid ini dan penjaganya dari Pakistan tetapi keluarganya tinggal di London. Sebelum pakcik tua berpakaian serba putih itu (ahmad Raqib) pergi beliau menghulurkan 30 pound dan memberitahu, sebelum beliau ke masjid lagi satu tadi untuk maghrib dan isya' ada seseorang datang kepadanya memberikan duit itu untuk disedekahkan kepada tabung Palestin. Apabila beliau dengar yg kami buat untuk Palestin lantas dia menyerahkan duit tu kepada kami. Masya Allah. 


Dan penjaga masjid ini melayan kami disini laksana seorang VVIP, buatkan kami makanan, panaskan air susu, bagi biskut, buatkan air buah special beliau dan bermacam lagi kebaikan yang aku sendiri rasai seperti ketika di markas Yala sewaktu mengembara 3 negara pada Februari lepas.
Betapa segalanya telah tertulis, betapa dekatnya Allah bersama kami, kita tak perlu risau jika kita tidak berharta, kerana semua rezeki itu adalah kurniaan dariNya, jika kau yakin denganNya, in shaa ALLAH. Segalanya akan dipermudahkan.


Inilah pengembaraan touring berbasikal yang sebenarnya, ia tak pernah kerana destinasi dan masa, tetapi memori dan pengalaman di sepanjang perjalanan itu yg akan mengajar kita ttg erti kehidupan sebenar. Kebaikan datang dari siapa2, dimana2, tk kira masa dan aku tahu Allah sentiasa bersama aku, kerana aku yakin padaNya :') 

0 comments:

Post a Comment

 

About Us

Malaysia based apparels, goods, merchandise, bicycle parts makers and supply. We also inspiring and empowering people to travel by bicycle as a part of life for better nature.

Description

We and the brands are the same entity and run by the same people, we market how we want, move it at our own pace and remember to never outsell or outgrow our seams. We look to seed at the right pace, continue to be individual in our own nature. Our Product are limited quantity. We customize apparel from tops to bottoms.

Translate

Mission

"JOURNEY TO HOMELAND" This mission is about two brave youth with passionate in cycling and fear nothing, are going to embarks one of the greatest journey in their life to discover the unknown land and people they haven't met yet in their life. Crossing more than 22 countries; treacherous environment ranging from forest, desert to the snowy village road, encounter hundreds of different languages and last but not least, the burning temperature of Iranian desert. This journey will set a wildfire to Malaysian people to explore the world beyond their horizon! DREAM; EXPLORE; DISCOVER!

Donations & Sponsors