Hamburg Critical Mass!

Day 30.


Friday, 30th August 2014, 2.04am.


"Hamburg Critical Mass!"




Sepanjang seminggu kami di Hamburg, kami banyak belajar tentang budaya orang Germany, di mana mereka mementingkan adab dan masa. Ketika belajar di German-Malaysian Institute aku ada juga diajar serba sedikit tentang bahasa dan tentang orang Germany dan apabila sudah berada disini, dapat dilihat suasana sebenar tentang adab dan masa yang pernah aku belajar suatu ketika dahulu. 


Hari pertama disini kami tinggal di rumah Benny, kenalan basikal aku, beliau pernah membeli barangan dari kami dan dapat kami lihat barang-barang kami tergantung sebagai salah satu koleksi-koleksi beliau. Kami merancang tinggal lama di Hamburg untuk menyaksikan sendiri bagaimana Critical Mass diadakan disini, kerana aku pernah dengar yang sepanjang 3 tahun ini jumlah terbanyak pernah hadir adalah mencecah hampir 5000 orang! dan kami hendak sangat-sangat menyaksikan dan turut serta menjadi sebahagian daripada Hamburg Critical Mass pada hujung bulan ini.


Kami join ride dua kali pada hari Isnin dan Selasa bersama kawan-kawan disini, kebanyakan masa kami adalah dengan berkayuh pusing bandar Hamburg. Kami juga dibawa ke sebuah kedai basikal yang terkenal iaitu Suicycle Store, menjual bermacam jenis basikal Fixed Gear dan Single Speed. Kami juga diberi dua cycling cap dari mereka sebagai cenderahati. Kami dilayan baik tak kira siapa yang kami jumpa di sini, hampir semua kawan-kawan basikal disini tahu akan kedatangan kami, dan mereka melambai jika jumpa di tengah jalan, ada yang memanggil hello Malaysian people dan berbual, mereka juga bawa ke kedai makan. Pada hari khamis pula kami dibawa berkayuh ke pelabuhan lama dan dari sana kami dapat melihat kota Hamburg, pemandangan yang cukup cantik ketika matahari terbenam dan lampu-lampu bandar mula menerangi kota Hamburg.



Critical Mass bermula pada awal 1992, 6pm di San Francisco dan hanya beberapa orang sahaja yang datang kerana mendapat 'flyers' ketika di Market Street dan ketika itu ianya dikenali dengan nama "Commute Clot".  Tidak lama selepas itu mereka ke sebuah kedai basikal untuk menyaksikan tayangan dokumentari oleh Ted White's, 'Return of the Scorcher', menceritakan tentang budaya berbasikal di luar negara dan di dalam tayangan itu terdapat satu kisah di China dimana penunggang motorsikal dan basikal mempunyai cara tersendiri untuk menyeberang jalan tanpa menggunakan signal iaitu dengan mengumpulkan seberapa ramai penunggang yang mahu menyeberang jalan dan bergerak bersama dan situasi ini dinamakan "Critical Mass", dan sejak dari itu nama Commute Clot ditukar kepada Critical Mass.





Critical Mass juga dipanggil sebagai "Organized Coincidence", tiada ketua, tiada keahlian dan tiada siapa yang menguruskannya. Perjalanannya adalah mengelilingi bandar secara spontan mengikut siapa yang dihadapan, atau mengikut undian jika ada yang setuju jika mengikut laluan yang diedarkan di flyers. Oleh kerana Critical Mass tiada laluan yang tetap dan tiada marshall maka mereka menggunakan teknik "Corking" iaitu dengan cara beberapa orang penunggang di hadapan menahan trafik agar memberi laluan kepada penunggang basikal yang di belakang dan keadaan ini berulang-ulang.





Hari ini adalah hari terakhir kami di Hamburg dan akan bertolak ke Berlin pula. Setakat ini personally, Hamburg adalah kota terbaik yang kami pernah jelajahi! Auf und Davon!


*Special thanks to all the Hardbrakers team, Suicycle Store, Non Stop group and everyone that helped us a lot, spending time with us, we really appreciate it a lot! May God repays your kindness soon!

Till we meet again! Auf und Davon! Danke Schon!

Checkout our epic journey here!
Journey to Homeland by Sick Siders Malaysia

Follow our journey travelogue here!
www.sicksidersmalaysia.blogspot.com

This epic journey are sponsored by:
Trip Eropah Management UK
https://www.facebook.com/triptoeropah

0 comments:

Post a Comment

 

About Us

Malaysia based apparels, goods, merchandise, bicycle parts makers and supply. We also inspiring and empowering people to travel by bicycle as a part of life for better nature.

Description

We and the brands are the same entity and run by the same people, we market how we want, move it at our own pace and remember to never outsell or outgrow our seams. We look to seed at the right pace, continue to be individual in our own nature. Our Product are limited quantity. We customize apparel from tops to bottoms.

Translate

Mission

"JOURNEY TO HOMELAND" This mission is about two brave youth with passionate in cycling and fear nothing, are going to embarks one of the greatest journey in their life to discover the unknown land and people they haven't met yet in their life. Crossing more than 22 countries; treacherous environment ranging from forest, desert to the snowy village road, encounter hundreds of different languages and last but not least, the burning temperature of Iranian desert. This journey will set a wildfire to Malaysian people to explore the world beyond their horizon! DREAM; EXPLORE; DISCOVER!

Donations & Sponsors