SSMY @ GEN Y, HARIAN METRO











Bermula dengan bisnes kecil-kecilan adalah strategi tepat untuk anak muda mengorak langkah dalam perniagaan. Itu antara percaturan awal dua anak muda yang berasal dari Johor Bharu dalam merealisasikan hasrat memiliki label baju jenama sendiri. SickSiders Malaysia (SSM) tergolong antara puluhan peniaga muda khususnya dalam bidang pakaian yang tidak melepaskan peluang turut serta sepanjang penganjuran Hari Belia Negara 2014, berlangsung di Putrajaya, baru-baru ini.


Berpeluang menemu ramah mereka bertanyakan perihal perniagaan dan impian masa depan membuatkan penulis kagum dengan semangat yang ada. Muhammad Adib Mohamad Ali dan Mohd Azrulhan Mohd Shafei masing-masing mempunyai tanggungjawab dan skop kerja sendiri bagi memastikan produk keluaran mereka mencapai sasaran.


Bertapak sejak 2005 sebagai label baju indie dan ditubuhkan secara rasmi sebagai syarikat Sick Siders Enterprise, tahun lalu memberi penanda aras baru bagi mereka untuk lebih bekerja keras mengangkat jenama anak tempatan ke peringkat lebih tinggi.



GAYA HIDUP JADI TEMA


Ditanya apakah elemen yang cuba mereka tonjolkan dalam setiap rekaan baju, Azrulhan berkata, pada peringkat awal, mereka masih mencari identiti sendiri. Justeru, kedua-duanya setuju untuk meletakkan minat dan hobi sebagai tema rekaan dalam setiap produk.


“Pada peringkat permulaan, kami gabungkan segala macam minat seperti berbasikal, graffiti, ‘skateboarding’ dan mengembara. Tapi selepas hampir sembilan tahun dalam bidang ini, kami wujudkan elemen utama sebagai identiti produk iaitu berbasikal dan mengembara. Jadi, setiap produk ada ciri-ciri gaya hidup penunggang basikal seperti baju dan ‘gear’ hinggalah kepada mengembara dengan cara paling mudah iaitu ‘backpacking’ ataupun ‘bikepacking’.


“Setiap rekaan yang atas baju ada kisahnya tersendiri dan kebanyakannya berkaitan jatuh bangun kami dalam bidang ini,” katanya.


Adib menambah, terdetik idea untuk mewujudkan label baju sendiri kerana mereka melihat kebanyakan rekaan sedia ada tidak mempunyai identiti sendiri. Disebabkan itu, mereka terfikir kenapa tidak mencuba untuk mengeluarkan jenama sendiri yang rekaannya lebih spesifik. 


“Kami tubuhkan SSM bukan untuk syok sendiri, tapi untuk memberi inspirasi kepada orang lain sama ada pembeli, penyokong ataupun orang ramai kejar impian mereka. Kami banyak lakukan aktiviti mengembara dan berbasikal untuk cabar diri dan alhamdulillah, ramai memberi maklum balas positif dan berjaya membuka mata banyak pihak untuk kejar impian masing-masing tanpa perlu ada rasa ragu-ragu,” katanya.


KUTUKAN CABARAN PALING BESAR


Letakkan minat dan semangat seiring dalam mencapai apa saja diinginkan. Bagi Adib, SSM wujud berteraskan minat dan keazaman yang kukuh dalam melonjakkan diri bukan hanya berada pada takuk sama sampai bila-bila.

“Kami sentiasa berpegang pada kata ‘Passion before Fashion’. Jika kita buat kerana sesuatu yang kita minat, kita tidak akan merasa bosan dan tak cepat berhenti. Jika bercakap perihal berniaga, bagi kami, keuntungan yang kami dapat itu ibarat bonus kerana yang lebih puas hati apabila dapat lakukan apa yang kita minat.


“Dari segi persaingan, memang ada bahkan industri ini makin berkembang walaupun ramai bermula secara kecil-kecilan. Kami tak lihat ia sebagai ancaman tetapi lebih kepada percambahan idea anak muda tempatan ke arah lebih kreatif untuk mencorak masa depan lebih berjaya. Jatuh bangun adalah lumrah dalam apa juga yang kita lakukan, tetapi jika kita mempunyai sesuatu yang boleh dipegang kukuh tidak kiralah minat ataupun cita-cita, pasti tidak mudah untuk menyerah kalah,” katanya.


Katanya lagi, bertambahnya bilangan peniaga muda adalah suatu fenomena baik dan perlu dilihat dari sudut positif kerana ramai anak muda sudah pandai mencari duit tanpa memerlukan sijil, diploma ataupun ijazah untuk menjual kreativiti sendiri. 


“Nasihat saya kepada mereka agar jangan hanya gunakan istilah cetak dan jual untuk berada lebih lama dalam bidang ini. Biarlah kita mempunyai identiti sendiri untuk dibanggakan dan tidak menjadi seperti lalang yang hanya mengikut kepada trend semasa,” katanya.

Menurut Azrulhan, cabaran yang paling besar bagi SSM bukanlah dari segi kewangan ataupun ditindas orang lain, ia hanyalah tohmahan dan kutukan dilemparkan orang yang mindanya tahap rendah. 


“Kami ingin berterima kasih kepada kelompok yang menolak, membenci idea kami kerana merekalah yang buatkan SSM sentiasa ingin menjadi yang terbaik dan terus berusaha. Pada pandangan saya, anda patut berbangga kerana mereka akan membuatkan anda sentiasa berusaha keras ke arah lebih baik,” katanya.


FIKIR LEBIH JAUH


Walaupun berstatus peniaga indie dan usahawan muda, penulis yakin impian untuk kembangkan perniagaan ke pasaran luar perlu ada. Matlamat ini turut dikongsi Azrulhan dengan berkata, SSM tidak pernah mengehadkan sesuatu barangan hanya untuk dijual di dalam negara. Bagi mereka, perlu sentiasa berfikir bagaimana untuk mendapat kepercayaan orang luar terhadap label SSM dan mampu berdiri setaraf produk luar.


“Harapan kami agar industri ini akan terus disokong anak muda tempatan baik mereka yang bertapak di dalam negara mahupun di luar. Jika kita mampu membangunkan industri ini, saya percaya penggiat industri akan terus memperbaiki idea dan mutu barangan dari semasa ke semasa dan sentiasa berfikir untuk membawa label ke tahap lebih tinggi. Bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi jika kreativiti anak muda Malaysia diiktiraf di luar pastinya akan memberi impak besar kepada orang lain sebagai pengaruh untuk mereka mulakan langkah mencapai cita-cita yang tersembunyi selama ini,” katanya.


"Shuhada Mansor percaya makin banyak label baju keluaran anak muda tempatan menapak di pasaran. Walaupun persaingan wujud setiap masa, tak perlu goyah jika ada pegangan kukuh untuk mantapkan usaha. Ikuti temu bual sambil berkongsi pengalaman dua anak muda yang memiliki label baju rekaan sendiri." 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/17 - Oleh Shuhada Mansor
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kreativitijadiidentiti/Article/index_html


0 comments:

Post a Comment

 

About Us

Malaysia based apparels, goods, merchandise, bicycle parts makers and supply. We also inspiring and empowering people to travel by bicycle as a part of life for better nature.

Description

We and the brands are the same entity and run by the same people, we market how we want, move it at our own pace and remember to never outsell or outgrow our seams. We look to seed at the right pace, continue to be individual in our own nature. Our Product are limited quantity. We customize apparel from tops to bottoms.

Translate

Mission

"JOURNEY TO HOMELAND" This mission is about two brave youth with passionate in cycling and fear nothing, are going to embarks one of the greatest journey in their life to discover the unknown land and people they haven't met yet in their life. Crossing more than 22 countries; treacherous environment ranging from forest, desert to the snowy village road, encounter hundreds of different languages and last but not least, the burning temperature of Iranian desert. This journey will set a wildfire to Malaysian people to explore the world beyond their horizon! DREAM; EXPLORE; DISCOVER!

Donations & Sponsors