JOURNEY TO HOMELAND - THE ARRIVAL


Assalammualaikum, ini merupakan first entry kami untuk travelogue "Journey to Homeland by SSMY". Ini adalah kisah perjuangan 4 sekawan berjuang dalam mengejar impian untuk merentas dunia dengan berbasikal!. Selama hampir setahun lebih kami menyimpan impian ini, berjumpa orang-orang yang kami harap  dapat membantu menjadikan impian ini suatu realiti, tapi sampai ke hari terakhir kami di Malaysia, masih tiada satu jawapan pun dari mana-mana pihak. Kami taknak lagi menunggu harapan palsu, mendengar kata-kata manis bahawa mereka telah buat sehabis baik, dan yang sebenarnya kami tahu, impian kami ini bagi mereka hanyalah sebuah angan-angan kosong. Jadi kami telah buat keputusan, untuk lakukan sahaja apa yang kami telah impikan selama ini, jika kami tidak buat sekarang dan hanya menunggu, impian ini akan terkubur begitu sahaja. Kami beli tiket penerbangan ke London, yang paling murah dengan menaiki Vietnam Airlines pada 18hb July( tarikh yang sama flight MAS terhempas di Ukraine), membawa apa sahaja bekalan yang ada, basikal yang ada( walaupun tidak sesuai) tapi bagi kami jika berani mengimpikan impian yang gila, kau mesti cukup gila untuk jadikannya realiti!.


Alhamdulillah penerbangan kami berjalan dengan lancar(cuma hampir-hampir termakan babi sebab tak tengok menu sebelum pilih makanan). Sesampai kami di London Gatwick airport setelah 9 jam di dalam kapal terbang, 2 jam di Vietnam airport dan merentas sejauh 10,000km dari Malaysia ke England. Kami cuba cari apa medium untuk contact Bad untuk beritahu yang kami sudah sampai disini( England). Akhirnya Bad berjaya jumpa kami dan satu masalah yang kami hadapi ketika sampai disana ialah bagaimana kami hendak membawa kotak-kotak basikal dan bag ke Sheffield yang mengambil masa 3 jam untuk kesana. Akhirnya kami menarik sahaja kotak-kotak itu dari satu tempat ke satu tempat hingga sampai di Sheffield. Kami menaiki train dari Gatwick airport ke St. Pancras dan tukar train disitu ke Sheffield dan menaiki taxi ke rumah sewa bad di Broomhall, Sheffield.


Kehidupan sebagai seorang muslim di Sheffield ini amatlah mencabar, kerana kami berpuasa selama 19 jam sehari, menahan lapar dan dahaga, bersahur pada jam 3.15am dan berbuka pada 9.15pm, kemudian Isyak pada jam 11.30pm dertan tarawih habis pada pukul 12am. Balik tidur dan pukul 2.30am dah nak bangun balik untuk bersahur, begitulah rutin harian seorang muslim di Sheffield. Seronoknya disini, masjid disini sentiasa penuh orang bertarawih walaupun pada minggu-minggu terakhir berpuasa dan raya disini pula hanya disambut sehari sahaja kerana mereka mengejar ganjaran pada bulan ramadhan dan bukannya mengejar kemenangan pada bulan Syawal, sungguh berbeza dengan Malaysia.

Hari kelima kami disini, kami berkayuh ke kawasan tertinggi di Sheffield iaitu Peak District National Park, kawasan tinggi yang menghubungkan Sheffield dan Manchester. Perjalanan kesana amatlah sukar kerana sepanjang masa kami perlu berkayuh mendaki bukit-bukit yang tinggi dan tambahan pula dengan angin sejuk walaupun dalam musim summer, namun segalanya berbaloi. Keindahan alam yang cukup membuatkan kami terpegun seketika, rasa seperti tidak mahu balik. Kami berkayuh mendaki dari satu bukit ke bukit yang lain. Satu pengalaman yang cukup berharga, entah apa lagi yang kami akan lihat sepanjang 29,000km kelak.


Kami akan bertolak pada 1 Syawal ini, kepada keluarga, sahabat dan kenalan kami walau dimana anda berada, doakan keselamatan dan semoga dipermudahkan segala urusan kami sepanjang 17 bulan mengembara ini. Selamat Hari Raya! :')


1 comments:

Post a Comment

 

About Us

Malaysia based apparels, goods, merchandise, bicycle parts makers and supply. We also inspiring and empowering people to travel by bicycle as a part of life for better nature.

Description

We and the brands are the same entity and run by the same people, we market how we want, move it at our own pace and remember to never outsell or outgrow our seams. We look to seed at the right pace, continue to be individual in our own nature. Our Product are limited quantity. We customize apparel from tops to bottoms.

Translate

Mission

"JOURNEY TO HOMELAND" This mission is about two brave youth with passionate in cycling and fear nothing, are going to embarks one of the greatest journey in their life to discover the unknown land and people they haven't met yet in their life. Crossing more than 22 countries; treacherous environment ranging from forest, desert to the snowy village road, encounter hundreds of different languages and last but not least, the burning temperature of Iranian desert. This journey will set a wildfire to Malaysian people to explore the world beyond their horizon! DREAM; EXPLORE; DISCOVER!

Donations & Sponsors