TEMPATAN FEST 2.0


























Assalamualaikum semua sedikit penerangan tentang LOKALAH yang sering kita gunakan. Secara ringkas LOKALAH adalah satu gerakan yang mana ia merupakan JENAMA PAKAIAN MALAYSIA , melalui gerakan ini kita pernah melancarkan satu kempen memakai tshirt atau apa sahaja barangan yang dikeluarkan oleh jenama dari Malaysia pada setiap sabtu dan ahad. Alhamdulillah belum pun setahun nama LOKALAH ini diketengahkan, tetapi ia mula mendapat perhatian dari pelbagai pihak , dan satu perkara yang kita semua harus tahu , gerakan LOKALAH bukanlah bermaksud “BARANG BUATAN MALAYSIA” kerana kita tidak membuat barangan tetapi kini membina JENAMA PAKAIAN. Ada beberapa jenama yang membuat produk di bandung Indonesia ,Thailand , China dan ada juga disekitar Malaysia , dan jenama2 ini semua adalah datangnya dari Malaysia, itulah yang digelarkan sebagai LOKALAH. Keduanya, LOKALAH mensasarkan agar rakyat Malaysia menyokong jenama-jenama ini agar ianya setaraf dengan jenama di luar. Ketiga, LOKALAH juga mensasarkan untuk jangka masa panjang agar setiap jenama ini dapat meningkatkan kualiti produksi dari masa ke semasa. Kualiti yang dimaksudkan adalah dari segi kualiti cetakan, sulaman, kain, promosi, senireka, hala tuju jenama, karya, bungkusan dan yang seangkatan dengannya. Melalui peningkatan kualiti secara beransur-ansur inilah yang akan menjadikan jenama tempatan akan dipandang oleh masyarakat kita. Tidak dinafikan sejak beberapa tahun yang lalu, penggerak industri pakaian Malaysia yang bergerak secara indie banyak meletakkan negara Indonesia sebagai panduan, kerana mereka telah mendahului kita dari segi penjenamaan dan kualiti 7-8 tahun lebih maju berbanding kita di Malaysia, kuasa membeli dan kuasa sokongan rakyat Indonesia terhadap jenama pakaian mereka sangat tinggi sehinggakan ke hari ini terdapat beribu-ribu jenama yang muncul dan beratus-ratus jenama yang berkualiti, malah beratus-ratus juga distro yang hanya menjual pakaian tempatan, dan mereka mampu terus hidup sehingga ke hari ini. Dari situlah penggiat pakaian di Malaysia sejak beberapa tahun lepas cuba membawanya ke negara kita, kini terdapat pelbagai event yang berkaitan dengan pakaian untuk menaik taraf kedudukan penggiat pakaian tempatan di mata rakyat Malaysia. Alhamdulillah ianya semakin mendapat perhatian dan ianya semakin bagus dan baik dari hari ke hari. Terdapat banyak kedai yang muncul mula mempercayai jenama pakaian tempatan mampu untuk bersaing dengan jenama negara luar terutamanya barat. Kita harus berterima kasih kepada kedai-kedai baju yang memperjuangkan jenama tempatan ini , kerana bagi kita jenama yang masih baru dan masih belum mempunyai modal yang besar, amat sukar untuk memasuki pasaraya mewah untuk kita mempromosikan jenama kita , maka dengan adanya kedai di seluruh Malaysia ini ia adalah batu loncatan atau platform untuk jenama pakaian ini semua bertapak , malah event-event kecil atau event besar seperti kelolaan JOHO ,Tempatan Fest dan KLIK adalah salah satu lagi “gerila marketing” untuk jenama pakaian ini memperkembangkan jenama masing-masing. Ini semua adalah tanggungjawab bersama. Kepada anda semua yang baru bermula harus mempunyai kekuatan dan keyakinan yang tinggi dan semangat tinggi untuk memperjuangkan LOKALAH ini , semangat LOKALAH adalah semangat kita semua untuk memperjuangkan industry jenama pakaian di Malaysia. Apabila kita mempunyai semangat untuk memperjuangkan industry kita dan mempertahankan industri kita , maka kita akan secara tidak langsung akan menjaga nama jenama kita sendiri dan hala tuju jenama kita. Kita tidak mahu jenama yang tumbuh bagai cendawan datang ibarat sebagai satu trend. Ini adalah perniagaan, perniagaan ini mampu menjana pendapatan , pendapatan ini mampu menyara hidup kita. Kita mahu hidup mewah , kita mahu hidup senang maka kita bawalah jenama kita sebaik mungkin. Paling penting adalah kerjasama anda kita harus bersaing sesama sendiri tetapi dengan gaya yang indah dan sihat, saling tegur-menegur dan saling memperbaiki jenama sendiri dan jenama sahabat kita. Dari situ kita akan bergerak ibarat satu keluarga. Sememangnya kita satu keluarga yang saling memerlukan antara satu sama lain. LOKALAH!

0 comments:

Post a Comment

 

About Us

Malaysia based apparels, goods, merchandise, bicycle parts makers and supply. We also inspiring and empowering people to travel by bicycle as a part of life for better nature.

Description

We and the brands are the same entity and run by the same people, we market how we want, move it at our own pace and remember to never outsell or outgrow our seams. We look to seed at the right pace, continue to be individual in our own nature. Our Product are limited quantity. We customize apparel from tops to bottoms.

Translate

Mission

"JOURNEY TO HOMELAND" This mission is about two brave youth with passionate in cycling and fear nothing, are going to embarks one of the greatest journey in their life to discover the unknown land and people they haven't met yet in their life. Crossing more than 22 countries; treacherous environment ranging from forest, desert to the snowy village road, encounter hundreds of different languages and last but not least, the burning temperature of Iranian desert. This journey will set a wildfire to Malaysian people to explore the world beyond their horizon! DREAM; EXPLORE; DISCOVER!

Donations & Sponsors